Wednesday, September 15, 2010

Al Kisah 3 Kucing

Waktu balik beraya 2010 di kampung ada 3 alkisah kucing yang menarik perhatian saya. Yang pertama terkojut tengok kucing besar dari biasa. Dah agak tua kucing ni, tak lari pulak dia bila saya dekati, kucing lain semua hilang tengok kelibat orang tak dikenali. Kucing ni agaknya dah bercucu cicit piut kut..
Keduanya kisah anak kucing yang datang ke rumah tersebut dan terus diambil jadi anak angkat oleh seekor ibu kucing dirumah tersebut. Nak jadi cerita kebetulan ke tiga-tiga anak kandung ibu kucing tersebut mati dan anak kucing ini pula yang datang dan terus disusui dan dibelai oleh ibu kucing tersebut. Kata mak masa datang dulu comot dan kurus kucing tu, sekarang dah sihat gemuk. Binatang pun dah pandai adopt.. manusia pulak.. dok buang-buang.. terbalik dah dunia ni..


Akhir sekali, kucing datang beraya. Kucing ni datang ikut satu group bebudak yang datang beraya di rumah. Lepas bebudak tu pergi, dia dok relax melepak kat ruang tamu. Jinak pulak tu. Tak takut langsung dengan orang. Diangkat keluar rumah, masuk balik dia, angkat lagi, masuk lagi, dua tiga kali. Lepas tu entah camana dia ikut group baraan wanita. Entah rumah mana pulak dia bertandang. Terfikir pulak.. kucing pun pandai ziarah menziarah... harap-harap jangan ler.. baraan ni lenyap nanti...






Saturday, March 27, 2010

Lain padang lain belalang

Dah berbulan tak mencoret di sini. Banyak perkara yang berlaku sejak awal tahun hingga sekarang. Tup-tup dah akhir bulan tiga. Ishh ishh cepat sungguh waktu berlalu.

Selalunya coretan di sini hasil pemerhatian keliling secara spontan yang berlaku dalam hidup. Tapi semenjak dua menjak ni, ntah.. macam tak sempat nak memerhati. Sibuk dengan urusan harian kut, kerja, anak-anak, bini... heh.. heh

Tapi yang saya masih ingat masa di US. Saya ke sebuah kemudahan penyelidikan di University of Texas. Ada seorang director, associate director, satu admin assistant, 2 plant operator/engineer + other staff whose mostly are students at UT. Cara pergaulan harian dalam kerja mereka memang informal tapi tetap mengikut jadual/perancangan yang ditetapkan. Antara director dan staff lain seolah-olah tiada langsung protokol. Arahan yang diberi sering menggunakan bahasa yang paling sopan. Umpamanya sang director akan kata could you please find someone to do .... padahal maksudnya dia minta that particular staff to do it. Ataupun kalau yang lebih jelas... could you help me with... Bila difikir-fikirkan dulu orang kita yang lebih berbahasa-basi.. dah macam terbaliklah pulak...

Saya berada disitu seminggu. Yang saya perhatikan.. greeting memang tak pernah lepas dari setiap orang.. kadang-kadang kita sendiri kat sini jumpa pagi-pagi lalu selamba saja.. Dan yang paling meriah di akhir minggu... semua orang akan bagi ucapan... have a nice weeked atau seumpamanya.. to each other. Rasanya kita tak ada buat macam tu...

Lain padang lain belalang... ataukah gaya hidup kita dah makin berubah ??? fikir-fikirkan lah...

Thursday, December 24, 2009

Spiritual Experience: Pedoman buat bakal suami isteri

Coretan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya. Ianya datang secara
tiba-tiba tanpa diduga dan saya terasa untuk terus mencoretnya tanpa bertangguh-
tangguh lagi. Ianya amat berbeza dan bermakna bagi saya dan takut kalau
bertangguh ianya akan hilang dan berlalu begitu sahaja. Mudah-mudahan coretan ini
menjadi teladan untuk saya dan juga sesiapa saja yang sudi melayari laman ini.

Ianya berlaku diawal pagi, saya masih belum bangun sepenuhnya, mungkin separuh
sedar. Tapi nikmat tidur itu masih terasa, menenangkan minda dan seluruh tubuh.
Waktu itulah entah macammana dalam keadaan separuh sedar itu kelopak mata saya
terbuka sedikit. Waktu itulah saya terpandang kelibat isteri yang masih lagi
nyenyak tidur berbaring mengereng membelakangkan saya. Saya tutup mata saya
kembali untuk sambung tidur. Waktu itulah terlintas diminda dan terkesan dihati
satu macam rasa yang menenangkan rohani "spiritual". Pandangan sekejap itu amat
berbeza dan saya tidak menyedarinya sebelum ini. Mungkin ianya sudah lama begitu,
namun baru kali ini Allah ArRahman menunjukkannya pada saya. Subhanallah.

Sentuhan hati dan rohani yang saya alami setelah memandang isteri saya rupanya
telah melewati perasaan fizikal. Saya tidak melihat hanya kecantikan fizikalnya
yang mungkin dalam keadaan biasa berpunca dari nafsu manusiawi saya. Maha suci
Allah, saya rupa-rupanya telah tidak memandang isteri saya secara fizikalnya.
Waktu itu dengan memandangnya walaupun tanpa melihat wajah, satu perasaan yang
amat tenang yang sukar digambarkan dengan perkataan terus meresap ke dalam hati
nurani. Inilah kurniaan Allah yang saya tidak sedari sebelum ini. Hubungan saya
dan isteri saya telah melewati batas fizikal. Ianya melewati batas kasih sayang
pasangan kekasih. Saya tidak panggil isteri saya dengan sayang, honey, darling
dan sebagainya selama ini. Kadang-kadang saya pelik kenapa saya tidak seperti org
lain. Sekarang saya sedari (dengan kehendakNya jua) panggilan sayang, kasih dan
sebagainya itu hanya benda fizikal, tidak terbanding dengan "hubungan spiritual"
yang telah terjalin antara kami.

Mungkin gambaran terdekat yang boleh saya katakan ialah saya rasakan dia adalah
sebahagian dari saya. Sebagaimana kita merasakan hubungan seluruh batang tubuh
dan perasaan rohani kita, begitulah yang saya rasakan isteri saya sebahagian dari
spiritual diri saya. Tidak hairanlah kadang-kadang kita lihat pasangan tua yang
secara fizikalnya kelihatan selalu berbalah cakap, tetapi terus kekal hingga
akhir hayat. Malah waktu kehilangan itu kita lihat kesedihannya tidak sebanding
dengan hubungan fizikal yang kita lihat seolah-olah tidak serasi. Hubungan mereka
telah melewati tahap fizikal dan kasih sayang mereka telah melewati perasaan
pasangan kekasih.

Bukan itu saja yang saya alami pagi tadi. Dalam keadaan bawah sedar itu, saya
diantara tidur dan jaga, dengan perasaan yang saya alami setelah kejadian
pandangan fizikal tersebut. Tiba-tiba isteri saya berpaling dan kemudian terus
mencium pipi saya. Adakah perasaaan spiritual yang saya alami itu benar-benar
berhubung dengan isteri saya yang secara langsung mendorong dia membalas secara
fizikal dengan perbuatannya ? Wallahualam. Yang saya tahu isteri saya juga masih
tidur waktu itu. Satu lagi saya sedari, sentuhan suami isteri rupa-rupanya adalah
melewati batas nafsu. Dengan memegang tangan isteri saya terasa amat tenang
rohani yang dirasakan menenangkan seluruh tubuh. Ini menyihatkan bukan saja
secara fizikal malah juga spiritual. Itulah sebabnya Allah mensyariatkan kita
bernikah, kerana setelah diijab qabulkan, dan dengan kehendakNya jua, hubungan
kita melewati batas nafsu fizikal.

Saya amat bersyukur dengan kurniaanNya selama ini dan hari ini saya telah
ditunjukkan dengan satu lagi pengalaman rohani yang mungkin bukan semua orang
pernah alami. Subhanallah. Moga-moga pengalaman saya ini boleh menjadi pedoman
kepada bakal-bakal pengantin juga pasangan suami isteri lain. Cuma satu pesanan
saya, terutama kepada yang berniat mendirikan rumahtangga. Pastikan permulaan dan
perjalanannya menurut syariat. InsyaAllah yang Maha Rahman dan Maha Rohim akan
mengurniakan kita dengan sesuatu yang tidak kita duga. InsyaAllah.

Wednesday, December 9, 2009

Ragam dalam jem

3 hari outstation. Kena ulang-alik dari SWG ke SA. Kena tempuh jem 3 hari
berturut-turut dekat Fed Highway. Dalam pada terperuk dalam jem... dapat lihat
berbagai ragam manusia...

Masa berada dilane tengah.. terpandang di sebelah kiri sebuah lori 1 tan. Pemandu
dan kelindan tengah asyik memandang keluar ke sebelah kanan.. sambil lori
berjalan perlahan-lahan ikut arus trafik. Terror depa ni.. dah biasa buat kut.
Tak terlanggar kereta depan. Tapi yg musykil.. apa yang dipandang ? Laa.. ada
kancil di sebelah rupanya.. dan pemandunya... amoi.. cantik.. patutlah.. dua-dua
tak lepas-lepas mata memandang... menikmati keindahan.. jangan accident dahlah
bang oii...


Kereta dapat berjalan lagi.. sedikit demi sedikit. Lori tadi dah hilang. Begitu
juga kancil dengan amoi cantik tadi. Kalau nak diikutkan duduk dalam jem ni
memang meresahkan. Nasib baik.. ragam-ragam manusia ni... menghiburkan..
Di sebelah kiri, muncul MyVi. Ada perempuan Tionghua memandu. Dia terus tunduk
memandang ke bawah sambil kereta berjalan perlahan-lahan. Kebetulan MPV saya agak
tinggi. Jadi dapat lihat apa yang dibuat dalam MyVi tu. Memang terror orang KL
ni.. Dia sedang membaca sehelai kertas yang diletak dibahagian bawah steering.
Dah selalu sangat dalam jem agaknya.. sampai membaca sambil kawal gerak kereta ke
depan perlahan-lahan..terror orang Malaysia ni. Malaysia boleh !

Jalan lagi sikit... hilang kisah perempuan Tioghua tadi. Muncul kereta lain di
sebelah kanan.. penuh isi penumpang depan belakang. Yang peliknya.. kereta
berenjut-enjut agak kuat. Apahal ? Kelihatan pemandu perempuan India tengah
sibuk dengan panel dashboard ubah-ubah siaran/volume kut. Tapi bukan tu yang
menyebabkan enjutan tu.. Penumpang sebelah kanan.. budak remaja.. pakai headphone
terhenjut-henjut. Hmm... generasi baru dengan MP3/MP4nya.. generasi lama dok
dengar siaran radio... Dua dunia berbeza, dalam satu kereta..

Last sekali... yang ni pemerhatian yang sedih sikit... jem waktu awal pagi...
kebetulan terhenti di tepi laluan bertingkat. Terpandang seorang hamba Allah
berbaring di bawah jejambat. Ada hamparan untuk tidur dan bungkusan di
sebelahnya. Tak lama dia bangkit.. berbaju t-shirt & kain pelikat.. duduk
termenung sebentar. Kemudian terus bangun.. berjalan ke satu arah... untuk basuh
muka dan berkumur.. Bila diteliti tempat tersebut... inilah kut "rumah" hamba
Allah tersebut.. sayu .. dan tercuit hati.. apalah sebenarnya nasib hamba Allah
ini hingga jadi begitu... Ya Allah moga-moga nasibnya lebih baik selepas ini..
itu yang sempat terdetik dihati sebelum kereta mula bergerak meninggalkan jauh..
dan entah bila boleh terjumpa lagi...

Tuesday, October 27, 2009

Laksa Sarawak

Sementara menunggu flight balik ke semenanjung, had the opportunity to try the Laksa Sarawak. Sebelum ni dah rasa laksa johor, laksa penang, laksa singapore... laksa nogori ... eh ade ke ? macam pernah makan je.. dan tak ketinggalan laksam cik siti wan kembang... Sesiapa nak tau kat mana nak try, sebelum masuk untuk boarding .. jalan terus ke hujung terminal sebelah kiri dari pintu masuk.. ada kedai coklat, surau dan tandas. Depan Mc Donald ada kedai capucino + laksa sarawak.
Gambar sebelum melantak...
Depan kedai ni ada glass panel menghadap landasan... boleh tengok kapalterbang turun naik sambil melantak. Kebetulan ada awek cun tengah bersidai.. kat depan.. tengok landasan.. bertambah berserilah pemandangan...
Sorrylah... isi kandungan cuisine ni lupa pulak... maklum dah sedap melantak, perut pulak lapar... flight delay 2 jam.. tapi rasanya ada mee kuning. Isi kandungan sayur dll lebih kurang saja. Cuma kuahnya yang buat rasanya berlainan... you have to try to taste the difference.
Bawah ni pulak.. gambar lepas melantak... burrppp.. Alhamdulillah...

Selamat mencuba.. cuba jangan tak cuba...

Tuesday, August 4, 2009

Interview !

Ni dok boring tunggu flight back to KL, kat JB. Have the opportunity to become interviewer for new intake for my Co. Macam-macam ragam, i'm inncharge of technical capability evaluation. Macam-macam ragam. We are looking for a very high achiever CGPA 3.5 and above. Memang competative. Dari temuduga ni dapat bezakan antara yang benar-benar grasp the technical part atau cuma kat paper sahaja. Yang peliknya ada yang baru grad, bila suruh explain on their final year project, banyak technical details yang dah lupa. Buat sendiri ke suruh orang lain ? Tapi ramai juga yang tak buat kerja rumah, they didn't do enough to find out about our Co.

Saturday, July 11, 2009

Kaki Gertak !

Minggu lepas.. pagi-pagi baru sampai pejabat, kawan beritahu Bob kemalangan, dia sms 11:00 malam tadi.. Bila pulak bob kemalangan, rasanya baru semalam selisih dia naik motor..

Petang... dapat cerita bob terlanggar kancil yang keluar simpang tak bagi signal. Dia jatuh dari motor, kemudian kancil tu pula langgar dia.. bahu bob retak.. dapat mc 2 minggu..

Nak jadi cerita, si pemandu kancil marah-marah... tuduh bob bawak motor tak berlesen.. biasalah, dah salah.. cuba gertak orang tak berlesen... bob pulak waktu tu cuma bawa motor kapcai buruk... bila ditunjuk lesen.. terkedu si penggertak.. bob ada lesen kereta dan lesen motor sampai 1000 c.c. Aku pun tak da lesen motor 1000 cc. Agaknya kalau masa tu bob bawa motor besar dia.. lain agaknya reaksi .. pemandu kancil tu..

Cerita kedua, kes pemandu honda terlanggar kereta iswara yang langgar lampu merah. Tup.. tup si iswara keluar marah-marah.. kata pemandu honda yang salah... Kebetulan ada pemandu BMW di belakang honda. Abang BMW keluar dari kereta... terus sergah si iswara.. kamu yang salah! langgar lampu merah !... berubah terus reaksi si iswara.. mula cakap baik-baik dan minta maaf..

Nampaknya orang dah salah ni selalu cuba gertak orang... nak lindungkan kesalahan... tapi tu pun dia tengok orang yg di gertak... kes no 1... bob pakai kapcai buruk... kes kedua... bila abang BMW bersuara.. kecut.. perut... Ni lah manusia bertindak ... berdasarkan persepsi ...