Monday, January 21, 2013

Eyeball robot

Another interesting robot, designed to inspect underground pipe for nuclear power plant. It is designed not to use rudder or propeller for underwater movement. This supposedly would avoid the ball to get stuck inside the piping. So, how's the mechanism? I leave it to your engineering creativity..



A cut-away of the robo-eyeball being developed by MIT, USA.

...from World Nuclear News 28 July 2011

Tuesday, January 1, 2013

Sistem dwi-parti dan golongan penentu

Kedatangan PRU 13 dilihat agak berlainan dari PRU sebelumnya. Sistem dwi parti dikatakan mula muncul.  Dalam sistem demokrasi ciptaan barat, demokrasi boleh wujud samada dengan sistem berbilang-parti atau sistem 2 parti seperti di Amerika Syarikat. Ada berpendapat dalam menuju kematangan politik, sesebuah Negara mungkin akan mengalami sistem 2 parti dalam keadaan di mana sistem berbilang parti agak sukar dilaksanakan. Setelah sekian lama hanya satu parti sahaja yang memerintah Negara ini, akhirnya bayang-bayang sistem dua parti mula muncul setelah semua parti pembangkang tidak punya peluang untuk mengugat parti pemerintah secara bersendirian.

Namun begitu kejayaan sistem ini masih belum kelihatan. Komposisi pembangkang yang punyai pegangan ideologi politik yang berbeza menjadikan ianya kelihatan kucar-kacir. Kejayaan dibeberapa negeri pada PRU yang lepas, kebanyakannya adalah hasil undi tidak puashati dan bukan kerana percaya kebolehan pembangkang.  Pegangan kaum yang masih terlalu menebal di Malaysia adalah antara punca sistem dua parti ini sukar untuk berjaya.  Untuk menjadi pilihan, sesebuah parti komponen itu perlu mendapat kepercayaan ke tiga-tiga kaum terbesar di Malaysia. Sekiranya salah satu kaum terbesar kelihatan terancam atau tidak terbela dalam sesuatu komponen pilihan, amat sukar untuk ianya meraih undi majoriti.

Dalam masyarakat Melayu pula tidak dapat tidak Islam akan dipandang sebagai faktor penentu pemilihan. Sekiranya  Islam kelihatan terumbang-ambing dalam satu-satu pemerintahan ianya akan member impak besar kepada undi. Perlembagaan sesebuah parti tidak memberi kesan besar atas faktor islam ini. Apa yang dilihat oleh majoriti ialah keadaan sebenar dimana Islam lebih kelihatan terjamin. Tulisan dalam bentuk perlembagaan tidak bererti tanpa ianya kelihatan dilaksanakan.  Inilah apa yang berlaku pada parti berlabel islam yang mungkin akan mendapat perhatian majoriti, namun jika setiap kali terpaksa seolah-olah tunduk atau bertolak ansur, ianya sukar mendapat kepercayaan majoriti. Sekiranya tiada parti yang kelihatan boleh menjamin keutuhan islam, majoriti akan memilih parti yang kurang kesan buruknya. 

Siapakan majority ini?

Dalam sistem demokrasi seperti dialami dibanyak negara yang mengamalkannya, ada tiga jenis pengundi – penyokong tegar, pembangkang tegar (penyokong parti lawan) dan pengundi pragmatik. Secara statistiknya, kumpulan paling besar atau majoriti adalah pengundi pragmatik ini. Sekiranya dapat meraih kepercayaan kumpulan ini, parti tersebutlah yang akan berjaya. Penyokong  dan pembangkang tegar  akan menyokong segala-galanya tentang partinya biar bagaimanapun dipengaruhi. Tetapi golongan pragmatik selalunya menjadi pemerhati dan punyai pertimbangan yang lebih praktik berbanding para penyokong tegar. Dalam ceramah-ceramah politik kebiasaannya akan dipenuhi oleh penyokong tegar dan ini tidak memberi  gambaran sebenar scenario undian. Golongan pragmatik sukar dikenali , mereka tidak menonjolkan diri dan pendirian mereka juga sukar dibaca.

Cuba cungkil erti pragmatic ini, ianya benar memberi gambaran kumpulan ini - Dealing with things sensibly and realistically in a way that is based on practical rather than theoretical considerations. Kesimpulannya retorik tak akan membawa ke mana-mana, akhirnya realiti akan menjadi penentu..