Thursday, December 24, 2009

Spiritual Experience: Pedoman buat bakal suami isteri

Coretan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya. Ianya datang secara
tiba-tiba tanpa diduga dan saya terasa untuk terus mencoretnya tanpa bertangguh-
tangguh lagi. Ianya amat berbeza dan bermakna bagi saya dan takut kalau
bertangguh ianya akan hilang dan berlalu begitu sahaja. Mudah-mudahan coretan ini
menjadi teladan untuk saya dan juga sesiapa saja yang sudi melayari laman ini.

Ianya berlaku diawal pagi, saya masih belum bangun sepenuhnya, mungkin separuh
sedar. Tapi nikmat tidur itu masih terasa, menenangkan minda dan seluruh tubuh.
Waktu itulah entah macammana dalam keadaan separuh sedar itu kelopak mata saya
terbuka sedikit. Waktu itulah saya terpandang kelibat isteri yang masih lagi
nyenyak tidur berbaring mengereng membelakangkan saya. Saya tutup mata saya
kembali untuk sambung tidur. Waktu itulah terlintas diminda dan terkesan dihati
satu macam rasa yang menenangkan rohani "spiritual". Pandangan sekejap itu amat
berbeza dan saya tidak menyedarinya sebelum ini. Mungkin ianya sudah lama begitu,
namun baru kali ini Allah ArRahman menunjukkannya pada saya. Subhanallah.

Sentuhan hati dan rohani yang saya alami setelah memandang isteri saya rupanya
telah melewati perasaan fizikal. Saya tidak melihat hanya kecantikan fizikalnya
yang mungkin dalam keadaan biasa berpunca dari nafsu manusiawi saya. Maha suci
Allah, saya rupa-rupanya telah tidak memandang isteri saya secara fizikalnya.
Waktu itu dengan memandangnya walaupun tanpa melihat wajah, satu perasaan yang
amat tenang yang sukar digambarkan dengan perkataan terus meresap ke dalam hati
nurani. Inilah kurniaan Allah yang saya tidak sedari sebelum ini. Hubungan saya
dan isteri saya telah melewati batas fizikal. Ianya melewati batas kasih sayang
pasangan kekasih. Saya tidak panggil isteri saya dengan sayang, honey, darling
dan sebagainya selama ini. Kadang-kadang saya pelik kenapa saya tidak seperti org
lain. Sekarang saya sedari (dengan kehendakNya jua) panggilan sayang, kasih dan
sebagainya itu hanya benda fizikal, tidak terbanding dengan "hubungan spiritual"
yang telah terjalin antara kami.

Mungkin gambaran terdekat yang boleh saya katakan ialah saya rasakan dia adalah
sebahagian dari saya. Sebagaimana kita merasakan hubungan seluruh batang tubuh
dan perasaan rohani kita, begitulah yang saya rasakan isteri saya sebahagian dari
spiritual diri saya. Tidak hairanlah kadang-kadang kita lihat pasangan tua yang
secara fizikalnya kelihatan selalu berbalah cakap, tetapi terus kekal hingga
akhir hayat. Malah waktu kehilangan itu kita lihat kesedihannya tidak sebanding
dengan hubungan fizikal yang kita lihat seolah-olah tidak serasi. Hubungan mereka
telah melewati tahap fizikal dan kasih sayang mereka telah melewati perasaan
pasangan kekasih.

Bukan itu saja yang saya alami pagi tadi. Dalam keadaan bawah sedar itu, saya
diantara tidur dan jaga, dengan perasaan yang saya alami setelah kejadian
pandangan fizikal tersebut. Tiba-tiba isteri saya berpaling dan kemudian terus
mencium pipi saya. Adakah perasaaan spiritual yang saya alami itu benar-benar
berhubung dengan isteri saya yang secara langsung mendorong dia membalas secara
fizikal dengan perbuatannya ? Wallahualam. Yang saya tahu isteri saya juga masih
tidur waktu itu. Satu lagi saya sedari, sentuhan suami isteri rupa-rupanya adalah
melewati batas nafsu. Dengan memegang tangan isteri saya terasa amat tenang
rohani yang dirasakan menenangkan seluruh tubuh. Ini menyihatkan bukan saja
secara fizikal malah juga spiritual. Itulah sebabnya Allah mensyariatkan kita
bernikah, kerana setelah diijab qabulkan, dan dengan kehendakNya jua, hubungan
kita melewati batas nafsu fizikal.

Saya amat bersyukur dengan kurniaanNya selama ini dan hari ini saya telah
ditunjukkan dengan satu lagi pengalaman rohani yang mungkin bukan semua orang
pernah alami. Subhanallah. Moga-moga pengalaman saya ini boleh menjadi pedoman
kepada bakal-bakal pengantin juga pasangan suami isteri lain. Cuma satu pesanan
saya, terutama kepada yang berniat mendirikan rumahtangga. Pastikan permulaan dan
perjalanannya menurut syariat. InsyaAllah yang Maha Rahman dan Maha Rohim akan
mengurniakan kita dengan sesuatu yang tidak kita duga. InsyaAllah.

Wednesday, December 9, 2009

Ragam dalam jem

3 hari outstation. Kena ulang-alik dari SWG ke SA. Kena tempuh jem 3 hari
berturut-turut dekat Fed Highway. Dalam pada terperuk dalam jem... dapat lihat
berbagai ragam manusia...

Masa berada dilane tengah.. terpandang di sebelah kiri sebuah lori 1 tan. Pemandu
dan kelindan tengah asyik memandang keluar ke sebelah kanan.. sambil lori
berjalan perlahan-lahan ikut arus trafik. Terror depa ni.. dah biasa buat kut.
Tak terlanggar kereta depan. Tapi yg musykil.. apa yang dipandang ? Laa.. ada
kancil di sebelah rupanya.. dan pemandunya... amoi.. cantik.. patutlah.. dua-dua
tak lepas-lepas mata memandang... menikmati keindahan.. jangan accident dahlah
bang oii...


Kereta dapat berjalan lagi.. sedikit demi sedikit. Lori tadi dah hilang. Begitu
juga kancil dengan amoi cantik tadi. Kalau nak diikutkan duduk dalam jem ni
memang meresahkan. Nasib baik.. ragam-ragam manusia ni... menghiburkan..
Di sebelah kiri, muncul MyVi. Ada perempuan Tionghua memandu. Dia terus tunduk
memandang ke bawah sambil kereta berjalan perlahan-lahan. Kebetulan MPV saya agak
tinggi. Jadi dapat lihat apa yang dibuat dalam MyVi tu. Memang terror orang KL
ni.. Dia sedang membaca sehelai kertas yang diletak dibahagian bawah steering.
Dah selalu sangat dalam jem agaknya.. sampai membaca sambil kawal gerak kereta ke
depan perlahan-lahan..terror orang Malaysia ni. Malaysia boleh !

Jalan lagi sikit... hilang kisah perempuan Tioghua tadi. Muncul kereta lain di
sebelah kanan.. penuh isi penumpang depan belakang. Yang peliknya.. kereta
berenjut-enjut agak kuat. Apahal ? Kelihatan pemandu perempuan India tengah
sibuk dengan panel dashboard ubah-ubah siaran/volume kut. Tapi bukan tu yang
menyebabkan enjutan tu.. Penumpang sebelah kanan.. budak remaja.. pakai headphone
terhenjut-henjut. Hmm... generasi baru dengan MP3/MP4nya.. generasi lama dok
dengar siaran radio... Dua dunia berbeza, dalam satu kereta..

Last sekali... yang ni pemerhatian yang sedih sikit... jem waktu awal pagi...
kebetulan terhenti di tepi laluan bertingkat. Terpandang seorang hamba Allah
berbaring di bawah jejambat. Ada hamparan untuk tidur dan bungkusan di
sebelahnya. Tak lama dia bangkit.. berbaju t-shirt & kain pelikat.. duduk
termenung sebentar. Kemudian terus bangun.. berjalan ke satu arah... untuk basuh
muka dan berkumur.. Bila diteliti tempat tersebut... inilah kut "rumah" hamba
Allah tersebut.. sayu .. dan tercuit hati.. apalah sebenarnya nasib hamba Allah
ini hingga jadi begitu... Ya Allah moga-moga nasibnya lebih baik selepas ini..
itu yang sempat terdetik dihati sebelum kereta mula bergerak meninggalkan jauh..
dan entah bila boleh terjumpa lagi...

Tuesday, October 27, 2009

Laksa Sarawak

Sementara menunggu flight balik ke semenanjung, had the opportunity to try the Laksa Sarawak. Sebelum ni dah rasa laksa johor, laksa penang, laksa singapore... laksa nogori ... eh ade ke ? macam pernah makan je.. dan tak ketinggalan laksam cik siti wan kembang... Sesiapa nak tau kat mana nak try, sebelum masuk untuk boarding .. jalan terus ke hujung terminal sebelah kiri dari pintu masuk.. ada kedai coklat, surau dan tandas. Depan Mc Donald ada kedai capucino + laksa sarawak.
Gambar sebelum melantak...
Depan kedai ni ada glass panel menghadap landasan... boleh tengok kapalterbang turun naik sambil melantak. Kebetulan ada awek cun tengah bersidai.. kat depan.. tengok landasan.. bertambah berserilah pemandangan...
Sorrylah... isi kandungan cuisine ni lupa pulak... maklum dah sedap melantak, perut pulak lapar... flight delay 2 jam.. tapi rasanya ada mee kuning. Isi kandungan sayur dll lebih kurang saja. Cuma kuahnya yang buat rasanya berlainan... you have to try to taste the difference.
Bawah ni pulak.. gambar lepas melantak... burrppp.. Alhamdulillah...

Selamat mencuba.. cuba jangan tak cuba...

Tuesday, August 4, 2009

Interview !

Ni dok boring tunggu flight back to KL, kat JB. Have the opportunity to become interviewer for new intake for my Co. Macam-macam ragam, i'm inncharge of technical capability evaluation. Macam-macam ragam. We are looking for a very high achiever CGPA 3.5 and above. Memang competative. Dari temuduga ni dapat bezakan antara yang benar-benar grasp the technical part atau cuma kat paper sahaja. Yang peliknya ada yang baru grad, bila suruh explain on their final year project, banyak technical details yang dah lupa. Buat sendiri ke suruh orang lain ? Tapi ramai juga yang tak buat kerja rumah, they didn't do enough to find out about our Co.

Saturday, July 11, 2009

Kaki Gertak !

Minggu lepas.. pagi-pagi baru sampai pejabat, kawan beritahu Bob kemalangan, dia sms 11:00 malam tadi.. Bila pulak bob kemalangan, rasanya baru semalam selisih dia naik motor..

Petang... dapat cerita bob terlanggar kancil yang keluar simpang tak bagi signal. Dia jatuh dari motor, kemudian kancil tu pula langgar dia.. bahu bob retak.. dapat mc 2 minggu..

Nak jadi cerita, si pemandu kancil marah-marah... tuduh bob bawak motor tak berlesen.. biasalah, dah salah.. cuba gertak orang tak berlesen... bob pulak waktu tu cuma bawa motor kapcai buruk... bila ditunjuk lesen.. terkedu si penggertak.. bob ada lesen kereta dan lesen motor sampai 1000 c.c. Aku pun tak da lesen motor 1000 cc. Agaknya kalau masa tu bob bawa motor besar dia.. lain agaknya reaksi .. pemandu kancil tu..

Cerita kedua, kes pemandu honda terlanggar kereta iswara yang langgar lampu merah. Tup.. tup si iswara keluar marah-marah.. kata pemandu honda yang salah... Kebetulan ada pemandu BMW di belakang honda. Abang BMW keluar dari kereta... terus sergah si iswara.. kamu yang salah! langgar lampu merah !... berubah terus reaksi si iswara.. mula cakap baik-baik dan minta maaf..

Nampaknya orang dah salah ni selalu cuba gertak orang... nak lindungkan kesalahan... tapi tu pun dia tengok orang yg di gertak... kes no 1... bob pakai kapcai buruk... kes kedua... bila abang BMW bersuara.. kecut.. perut... Ni lah manusia bertindak ... berdasarkan persepsi ...

Thursday, May 28, 2009

Iklan !


Dapat benda ni dalam inbox... ada yang ambil gambar masa kat mesin ATM...

mamat ni pakai t-shirt.. mana-mana yg menepati ciri-ciri terbabit bolehlah memohon


Thursday, May 21, 2009

Teringat Semasa Dulu

Cuba baca artikel extracted from Niamah blog... betullah... zaman dolu ngan zaman sekarang dah jauh beza... sighh.... the good 'ol days

To All those Born in the 40's, 50's , 60's & early '70s...

First, we survived with mothers who had no maids. They cooked /cleaned while taking care of us at the same time. They took aspirin, candies floss,fizzy drinks, shaved ice with syrups and diabetes were rare. Salt added to Pepsi or Coke was remedy for fever. We had no childproof lids on medicine bottles, doors or cabinets and when we rode our bikes, we had no helmets.

As children, we would ride with our parents on bicycles/ motorcycles for 2 or 3. Richer ones in cars with no seat belts or air bags. Riding in the back of a private taxi was a special treat. We drank water from the tap and NOT from a bottle. We would spend hours on the fields under bright sunlight flying our kites, without worrying about the UV ray which never seem to affect us. We go to jungle to catch spiders without worries of Aedes mosquitoes. With mere 5 pebbles (stones) would be a endless game. With a ball (tennis ball best) we boys would ran like crazy for hours. We catch guppy in drains / canals and when it rain we swim there. We shared one soft drink with four friends, from one bottle and NO ONE actually worry about being unhygenic.

We ate salty, very sweet & oily food, candies,bread and real butter and drank very sweet soft sweet coffee/ tea, ice kacang, but we weren't overweight because....... WE WERE ALWAYS OUTSIDE PLAYING!! We would leave home in the morning and play all day, till streetlights came on. No one was able to reach us all day. AND WE DONT HAVE HANDPHONE S TO BUG US. And we were O.K. AND WE ARE SAFE.

We would spend hours repairing our old bicycles and wooden scooters out of scraps and then ride down the hill, only to find out we forgot the brakes. After running into the bushes a few times, we learned to solve the problem . We did not have Playstations, X-boxes, Nintendo's, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet.

~~Patrick Teoh



Wednesday, May 13, 2009

Krisis Perlembagaan

Teringat yang aku ada pernah beli buku "Perlembagaan Malaysia" buku merah dengan tulisan emas... beberapa tahun dulu.. tak ingat kenapa dibeli... yg ingat memang tak pernah habis baca..

Sekarang... menarik tengok semua orang tak kira keturunan, warna kulit, agama, tahap pendidikan semuanya bercakap fasal perlembagaan.. fasal undang-undang. Tengah tunggu anak habis kelas tuisyen di depan sekolah... kebetulan letak kereta berdekatan lori jual minuman/makanan... terdengarlah perbualan antara tiga insan.. lelaki mungkin lewat 40an berkopiah ala Raihan dan simpan sikit janggut... 2 lagi perempuan... yg seorang isteri lelaki tu.. yg seorang lagi ibu kepada murid yg tengah tiusyen tu.. terdengar kisah undang-undang rimba dan macam-macam lagi...

Entry ni taklah nak bincang hal tersebut.. cumanya nampak lucu apa yg berlaku.. masing-masing cuba menggunakan kelemahan undang-undang yang ada untuk keadaan berpihak pada masing-masing.. barulah kita dapat saksikan undang-undang atau perlembagaan ciptaan manusia ni tak sempurna.. lain org punyai tafsiran berbeza... dan dari situ timbul macam-macam.. yang kesian org-org yg tahap pendidikan rendah... ramai yg bimbang dengan huru-hara ni.. Ni mungkin.. proses kematangan politik..

Teringat masa belajar di US... kebetulan ada pilihanraya... tak nampak... haru.. biru macam kat Malaysia ni... tenang.. tak ada bendera, banner, poster menyesakkan pemandangan... cukup sekadar satu papan poster dicucuk atas tanah untuk sepanjang satu kejiranan.. bersih ... tak sesak... Nampak sangat kita terlampau berpolitik... sepatutnya lepas pilihanraya.. balik sama-sama kerja untuk kemakmuran negara.. bukan terus-terusan berpolitik.. sampai jadi haru biru..

Monday, May 4, 2009

Welcome to the future

Ambil cuti 2 hari selesaikan urusan peribadi, macam-macam la... cukai tanah, cukai pintu, ptptn, tukar alamat bil, tukar my kad... Ada masa duduk kat rumah sorang-sorang... baca paper... depan TV... bukak TV... tak tengok pun.. jeling-jeling dan dengar sekali-sekali... kebetulan cerita melayu... tajuk... tak ingat sgt.. tapi cerita fasal seorang mamat koma dalam 30 tahun... sedar je dah di masa depan.. ada satu dialog dengan anak buah dia.. sebut perkataan idola.. dia tak faham.. then aku mula terfikir... dulu-dulu perkataan ini cuma bahasa inggeris sahaja sekarang jadi melayu... memang banyak yang berubah... dan sebenarnya kita benar-benar di zaman masa depan. Teringat zaman kanak-kanak dulu.. TV masih hitam putih dalam kotak kayu... tak terbayang boleh tengok TV kat hand phone... dulu tengok dekat Space 1999 adalah device cam tu boleh bercakap dam keluar gambar... walaupun banyak lagi kisah dalam Space 1999 tu yang belum terjadi.. tapi banyak juga yang telah jadi kenyataan. Jadi aku sebenarnya dah sampai zaman masa depan... cuma kita saja yang tak terasa... dan take it for granted... jadi bersyukurlah kita masih ditemukan dengan masa depan...

Tuesday, April 28, 2009

Mamak Gunting Rambut?

Satu tengahari pergi lunch di sebuah restoran. Hari tu, keluar sorang lagi. Yang lelain ada yang cuti dan ada yang out station. Dok tengah songlap ikan kari ngan sayur togeh... (tak match gamaknya).. sambil-sambil dok perati semua pelanggan yang datang. Restoran tu tokehnya orang kelantan, pelanggannya berbilang bangsa. Cina, India, Indon of courselah melayu sekali. Tetiba ada seorang mamat ni, muka macam keindiaan sikit, pasal ada kesan jambang..(dah cukur), hidung mancung, kulit sikit gelap. Mula-mula dia dah ambil nasi dan lauk dan pergi nak duduk. Lepas tu, tiba-tiba pusing balik pergi kat pelayan tu tanya sudu & garpu. Dia pun ambil sudu dan garpu. Yang menjadi minat aku ialah cara dia pegang sudu dengan garpu tu. Sebelah tangan dok pegang pinggan nasi. Sebelah lagi pegang sudu dan garpu tu. Nampaklah tangan yang pegang sudu dan garpu tu dok gerak-gerak. Dengar sikit bunyi sudu dan garpu tu berlaga. Ketik-ketik, ketik-ketik.. Dia dok main sudu ngan garpu tu semacam je... eh.. baru teringat... mamak gunting rambut pun buat macam tu tiap kali dia pegang gunting, bukak katup, bukak katup.. hampir sama dengan gerakan sudu dan garpu tu... tengok balik muka mamat tu... hmmm.. mamak gunting rambut kut... kita tak sedar kalau sesuatu tu dah jadi kebiasaan kita.. semuanya jadi spontan...

Thursday, March 12, 2009

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Minum pagi di sebuah restoran dekat Bangi Lama. Hari ini aku seorang saja. Biasanya ramai lima nam orang. Hari ni semua ada hal masing-masing.

Hari ni menunya roti-telur-bawang dengan teh panas. Tengah dok nikmati kelembutan roti telur tu, pendengaran terarah pada radio yang sedang berkumandang. Lain macam pulak lengok DJ nya. Biji butir celotehnya pun agak asing.

Cuba teliti dan teka mana punya stesen yang tokeh restoran ni pasang. Bangi ni kat Selangor, biji butir radio ni tak macam hal-hal setempat..

Puas cuba teliti.. masih tak dapat... Hampir habis dah roti dipinggan, masih tak dapat klu nya.

Tup-tup... tiba-tiba lagu berhenti, DJ habis berceloteh dan keluar satu iklan. Barulah dapat kenal telo iklan ni. Ni mesti radio... somewhere kat pantai timur... Barulah teringat... tokeh restoran ni datang dari Cik Siti Wan Kembang. Jauh-jauh merantau, kampung halaman mesti tak lupa... mesti brother tu dok terkenang masa dia panjat pokok durian atok dia ke... teringat tempat berkubang...

Iyalah.. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain... eh betul ke.. simpulan bahasa ni... Laa.. terasalah pulak nak balik kampung....

Saturday, February 28, 2009

Pemalu...

Sifat malu adalah... sifat yang elok kalau kena pada tempatnya... Lagi-lagi kalau sifat tu ada pada gadis timur... gadis Melayu... Malu boleh memelihara kita dari melakukan yang tidak-tidak.. Tapi kadang-kadang malu.. kalau tak kena pada tempatnya ... tak bagus jugak... macam malu bertanya... sesat jalan..

Ni dok cerita fasal malu sebab... baru-baru ni... on the way ke tempat kerja.. ada satu jalan yg selalu lalu... tup-tup satu hari muncul... seorang gadis kat celah-celah pokok di tepi jalan... dia dok intai-intai balik pokok...tunggu kereta kawan kut... bila aku sampai depan dia.. cepat-cepat toleh ke lain... Macam tu lah tiap-tiap hari... gadis nyorok celah pokok ni.. sampailah dalam minggu ke tiga... ehhh dia dah hilang... tak ada celah pokok... mana dia ??? laaa dah kat seberang jalan duduk atas tunggul... kat open space... waa dah hilang rasa malu kut.... kali ni dia dok selamba je bila kereta aku melintas... satu kemajuan... mudah-mudahan perubahan ni ke arah positif... telahan aku... dia ni mungkin baru kerja... mula-mula segan orang ramai nampak dia.. dah lama sikit... dah tak kisah... org-org ni cuma lalu lalang... tak da apa nak dimalukan...

Satu Permulaan

Assalamualaikum

Dah cuba dengan topik jalan-jalan dan foto blog dekat dapat.net, nak cuba pulak topik yg lebih general, basically dari pemerhatian harian, suasana sekitaran untuk dikongsi bersama... tengok ada tak pengikut..