Thursday, December 20, 2012

Berbaloi ke ?

Pilihanraya datang lagi, macam-macam dijual untuk tarik sokongan.. kekadang tengok malu.. hilang adap sopan hanya kerana politik.. Teringat pesan seorang ustaz kampung, tak ternama.. sebab memang dia tak cari nama... apa-apa pun yang penting biarlah apa yang kita lakukan itu untuk kemashalatan ummah.. biar ianya adalah yang terbaik untuk ummah.. masing-masing cuba lanyak pihak lawan seolah-olah memang itulah seteru utama.. kalau boleh layak sampai lumat..musnah, hancur tak menguit lagi.. ini ke yg diajarkan Rasulullah ? cuba lihat cara Rasulullah layak musuh-musuhnya di beberapa perang yg baginda terlibat..

Saya pernah post tentang politik Malaysia sebelum ini Krisis Perlembagaan, politik Malaysia yang tak matang.. Namun yang lebih penting lagi.. fikirkanlah... adakah kita nak terus hanyut dalam arus politik sekular ciptaan manusia ini... yang akhirnya akan menghancurkan kita. Fikirkanlah tentang kemashalatan ummah. Lupakan perbezaan, ego masing-masing 'akulah yang paling betul, akulah yang diterima Allah, kamu semua sesat', sedangkan yang kita tunding jari itu saudara-mara kita, yang kita maki hamun itu sahabat handai jiran kita dan yang paling sedih ialah jemaah kariah kita sendiri.. yang telah menerima kalimah tauhid, dan menjadi kewajipan kita memeliharanya.. lebih dari segalanya... lebih dari kepentingan politik...

Akhirkata, cuba renungkan post Ustaz Amin ini dan bertindaklah sewajarnya. Sedarlah politik sekular ini telah menipu kita, memecahbelahkan kita... baca link berikut  http://www.ustazamin.com/2012/12/universiti-kehidupan-233-agenda.html