Kedatangan PRU 13 dilihat agak
berlainan dari PRU sebelumnya. Sistem dwi parti dikatakan mula muncul. Dalam sistem demokrasi ciptaan barat,
demokrasi boleh wujud samada dengan sistem berbilang-parti atau sistem 2 parti
seperti di Amerika Syarikat. Ada berpendapat dalam menuju kematangan politik,
sesebuah Negara mungkin akan mengalami sistem 2 parti dalam keadaan di mana
sistem berbilang parti agak sukar dilaksanakan. Setelah sekian lama hanya satu
parti sahaja yang memerintah Negara ini, akhirnya bayang-bayang sistem dua
parti mula muncul setelah semua parti pembangkang tidak punya peluang untuk
mengugat parti pemerintah secara bersendirian.
Namun begitu kejayaan sistem ini
masih belum kelihatan. Komposisi pembangkang yang punyai pegangan ideologi politik
yang berbeza menjadikan ianya kelihatan kucar-kacir. Kejayaan dibeberapa negeri
pada PRU yang lepas, kebanyakannya adalah hasil undi tidak puashati dan bukan
kerana percaya kebolehan pembangkang.
Pegangan kaum yang masih terlalu menebal di Malaysia adalah antara punca
sistem dua parti ini sukar untuk berjaya. Untuk menjadi pilihan, sesebuah parti komponen
itu perlu mendapat kepercayaan ke tiga-tiga kaum terbesar di Malaysia.
Sekiranya salah satu kaum terbesar kelihatan terancam atau tidak terbela dalam
sesuatu komponen pilihan, amat sukar untuk ianya meraih undi majoriti.
Dalam masyarakat Melayu pula tidak
dapat tidak Islam akan dipandang sebagai faktor penentu pemilihan.
Sekiranya Islam kelihatan
terumbang-ambing dalam satu-satu pemerintahan ianya akan member impak besar
kepada undi. Perlembagaan sesebuah parti tidak memberi kesan besar atas faktor islam
ini. Apa yang dilihat oleh majoriti ialah keadaan sebenar dimana Islam lebih kelihatan
terjamin. Tulisan dalam bentuk perlembagaan tidak bererti tanpa ianya kelihatan
dilaksanakan. Inilah apa yang berlaku
pada parti berlabel islam yang mungkin akan mendapat perhatian majoriti, namun
jika setiap kali terpaksa seolah-olah tunduk atau bertolak ansur, ianya sukar
mendapat kepercayaan majoriti. Sekiranya tiada parti yang kelihatan boleh
menjamin keutuhan islam, majoriti akan memilih parti yang kurang kesan
buruknya.
Siapakan majority ini?
Dalam sistem demokrasi seperti
dialami dibanyak negara yang mengamalkannya, ada tiga jenis pengundi –
penyokong tegar, pembangkang tegar (penyokong parti lawan) dan pengundi pragmatik.
Secara statistiknya, kumpulan paling besar atau majoriti adalah pengundi pragmatik
ini. Sekiranya dapat meraih kepercayaan kumpulan ini, parti tersebutlah yang
akan berjaya. Penyokong dan pembangkang tegar akan menyokong segala-galanya tentang
partinya biar bagaimanapun dipengaruhi. Tetapi golongan pragmatik selalunya
menjadi pemerhati dan punyai pertimbangan yang lebih praktik berbanding para
penyokong tegar. Dalam ceramah-ceramah politik kebiasaannya akan dipenuhi oleh
penyokong tegar dan ini tidak memberi gambaran
sebenar scenario undian. Golongan pragmatik sukar dikenali , mereka tidak
menonjolkan diri dan pendirian mereka juga sukar dibaca.
Cuba cungkil erti pragmatic ini,
ianya benar memberi gambaran kumpulan ini - Dealing with things sensibly and
realistically in a way that is based on practical rather than theoretical
considerations. Kesimpulannya retorik tak akan membawa ke mana-mana, akhirnya realiti
akan menjadi penentu..
No comments:
Post a Comment